Share:

“Tiba-tiba ja nak hidupkan motor pagi ni, asap keluar warna hitam. Selalu tak macam ni pun.”

Mesti ramai yang pernah alami situasi ni. Tapi kita tak sedar yang warna asap yang keluar dari kenderaan adalah petanda awal bagi motosikal yang bermasalah. Jadi, masih belum terlambat untuk ambil tindakan sebelum keadaan jadi lebih parah.

Disini admin akan senaraikan warna asap yang keluar dari kenderaan dan penyebab berlakunya situasi tersebut:

Asap Hitam

1. ASAP HITAM

Tanda: Jika asap warna hitam keluar dari ekzos motor atau kereta anda, bermaksud bahan api telah dibakar berlebihan disebabkan enjin tidak mendapat udara yang mencukupi.

Penyebab: Penapis udara (air filter) tersumbat.
Langkah atasi: Bersih atau tukar penapis udara baru

Jika ekzos masih mengeluarkan asap hitam walaupun penapis udara dalam keadaan yang baik, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain mengalami masalah. Admin sarankan untuk bawa kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Asap Biru

2. ASAP BIRU

Tanda: Asap warna biru keluar  disebabkan oleh kebocoran dalam enjin.

Penyebab: Kerosakan pada kedap injap (valve seal), gelang piston (piston ring) haus / rosak atau masalah pada dinding silinder.

Antara tanda gelang piston rosak adalah jika asap biru keluar ketika memecut. Namun,  jika berlaku disebabkan kepada silinder, asap berwarna biru akan keluar ketika kenderaan diperlahankan.

Asap Kelabu

3. ASAP KELABU

Tanda: Asap warna kelabu yang keluar dari ekzos kenderaan disebabkan oleh enjin membakar minyak gear / transmisi. Bau seperti terbakar juga akan dapat dihidu dari asap tersebut.

Penyebab: Terdapat masalah pada komponen pengecas turbo (jika kereta berenjin turbo) dan enjin menggunakan terlalu banyak bahan api.

Jika berlaku keadaan seperti ini, anda disarankan untuk bawa kenderaan anda ke bengkel dalam kadar segera.

Asap Putih

4. ASAP PUTIH

Tanda: Asap warna putih membawa maksud terdapat kebocoran yang melibatkan bahan penyejuk (coolant).

Penyebab: Hal ini berlaku disebabkan oleh bahan penyejuk (coolant) yang boleh menyebabkan masalah panas terlampau (overheat) pada enjin. Mungkin juga disebabkan oleh kebocoran gasket pada kepala enjin.

Jika keadaan ini tidak diatasi segera, silinder atau blok enjin boleh retak. Lebih baik bertindak segera sebelum terlambat.

Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas, admin sarankan untuk segera ke bengkel. Anda juga boleh terus lakukan service appointment secara online  di Pusat Servis CHJ Motors.

Selain itu, CHJ Motors turut tawarkan pinjaman kedai tanpa slip gaji dan tanpa penjamin. Di samping itu, antara promosi yang masih berlangsung adalah promosi pulangan tunai sehingga RM600 dan percuma kupon servis bernilai RM150. Untuk yang tinggal jauh pun boleh beli di CHJ Motors. Kami turut melakukan pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.

en_USEnglish
X