Share:

Pertama kali model ini dilancarkan pada 2017. Kini, Modenas Pulsar RS200 didatangkan semula dengan warna baru pada 2021 bersama corak yang lebih menarik. Warna Modenas Pulsar RS200 yang ditawarkan adalah Pearl White, Pewter Grey dan Burnt Red.

2021 Modenas Pulsar RS200 ABS
2021 Modenas Pulsar RS200 ABS

Antara pembaharuan yang dapat dilihat bagi versi 2021 adalah sentuhan warna putih pada rim tayar. Juga terdapat carbon-fibre stiker pada bahagian depan dan tepi. Selain itu, logo Pulsar juga dicetak pada tempat duduk yang  akan menambah daya penarik buat penunggang.

Model Pulsar RS200 dikuasakan dengan penyejuk cecair (liqiud-cooled), empat injap (four-valve), tiga palam pencucuh (triple-spark plug), satu silinder (single-cylinder mill) dengan 199.5 cc. Selain itu, Modenas juga mendakwa model kali ini dikuasakan dengan 24.5 PS pada 9,750 rpm, dan 18.6 Nm tork pada 8,000 rpm, dengan pengisian EFI.

Disamping itu, model ini kekal sama seperti model terdahulu dengan ABS tunggal dengan 300 mm cakera brek tunggal di depan dan 230 mm di belakang. Justeru menjadikan Pulsar RS200 merupakan motosikal pertama dalam kelasnya yang menawarkan pemasangan standard di Malaysia. Selain itu, bahagian hadapan dilengkapi suspensi ‘telescopic fork’, manakala bahagian belakang dilengkapkan dengan Nitrox monoshock.Anda boleh miliki Modenas Pulsar RS200 ABS 2021 di CHJ Motors. Kami merupakan pengedar motosikal terbesar di Utara Malaysia. Kami juga turut menjual motor secara online di website. Pinjaman kedai turut ditawarkan kepada para pembeli. Anda tidak perlu risau, kami melakukan pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. WhatsApp wakil jualan kami jika anda mempunyai sebarang persoalan mahupun bantuan di https://chongmotor.my.

2021 Modenas Pulsar RS200 ABS
2021 Modenas Pulsar RS200 ABS
2021 Modenas Pulsar RS200 ABS
en_USEnglish
X
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!